AceRev DPF Cleaner
Adakah kenderaan diesel anda dari kategori Euro 4, Euro 5 atau Euro 6 yang mempunyai Sistem Edaran Semula Gas Ekzos (EGR)? Kita sedia mengetahui bahawa masalah kerap dari Penapis Zarah Diesel (DPF) yang disebabkan oleh pemanduan dalam bandar yang perlahan akan mengumpulkan karbon dengan lebih cepat dalam DPF.
Perkara berikut yang biasan berlaku:
- Bergantung pada cara pemanduan, kod kerosakan Regeneration DPF muncul setiap 1 -14 hari.
- Pada kebiasaanya, Penjanaan Semula Paksa (20 minit) diperlukan untuk membakar sebahagian daripada karbon yang terperangkap dalam DPF; diesel tambahan diperlukan semasa proses ini, di samping DPF dipanaskan pada suhu yang sangat tinggi untuk membakar karbon yang terperangkap itu.
- Proses kitar semula diulangi setiap 1 – 14 hari, bergantung pada cara pemanduan. Kenderaan diesel yang banyak melahu (idling) seperti kenderaan kurier, teksi dan bas sekolah serta kenderaan kelajuan rendah yang berada di pelabuhan, lapangan terbang dan kenderaan tentera akan mengalami masalah DPF yang lebih kritikal berbanding kenderaan yang dipandu di lebuh raya.
Memperkenalkan AceRev DPF Cleaner yang merevolusikan pengoptimuman prestasi enjin anda dan memastikan persekitaran yang lebih lestri. Pembersihan termaju ini melangkaui kaedah semasa kerana ia memastikan Penapis Zarah Diesel (DPF) anda beroperasi pada kecekapan tinggi, di samping mengurangkan pelepasan gas berbahaya, dengan kata lain, ia menjimatan penggunaan bahan api dan kadar servis kenderaan anda.
🌟 Faedah Utama:
- Kecekapan Maksimum: Formula canggih AceRev membersihkan DPF secara menyeluruh, mencegah sumbatan serta memulihkan aliran udara pada kadar optimum semula.
- Pengurangan Pelepasan Emisi: Dengan memulihkan kesihatan DPF, pembersih AceRev mengurangkan pelepasan gas ekzos yang merbahaya dengan ketara dan meningkatkan kualiti udara.
- Ekonomi Bahan Api: DPF yang bersih bermakna pembakaran bahan api yang lebih cekap, ia diterjemahkan kepada penjimatan kos untuk perjalanan yang lebih lama dan panjang.
- Mudah Digunakan: Panduan penggunaan yang mesra pengguna AceRev menjadikannya mudah difahami dan digunakan oleh semua kategori pemilik kenderaan berenjin diesel.
🔧 Kaedah Penggunaan Yang Mudah:
- Matikan enjin kenderaan anda.
- Goncangkan botol AceRev DPF Cleaner dengan baik.
- Sambungkan aplikator yang disediakan ke salur masuk DPF.
- Masukkan AceRev secara sekata dan biarkan ia membasahi seperti yang disyorkan.
- Sambung semula DPF dan nikmati perbezaan dalam prestasi enjin diesel anda.
Sertai komuniti pelanggan yang telah berpuas hati dengan AceRev Cleaner kerana ia menyerlahkan potensi sebenar enjin diesel mereka. Selamat tinggal kepada enjin diesel yang lembap, emisi yang berbahaya dan kotor serta penyelengaraan yang berlebihan.
Hubungi kami sekarang
Untuk maklumat lanjut, hubungi kami sekarang.