Pembungkusan AdBlue

Pembungkusan AdBlue

AdBlue dapat diperolehi di dalam pelbagai saiz pek pembungkusan seperti berikut:

  • 10L Jerry Can
  • 20L Jerry Can
  • Dram Plastik 200L
  • Tangki IBC 1000L

Bergantung pada saiz, kapasiti atau bilangan kenderaan berenjin diesel yang anda miliki, kami akan mengesyorkan kepada anda jenis pembungkusan yang sesuai. AdBlue mempunyai jangka hayat diantara 6 – 12 bulan, bergantung pada cara penyimpanan.

Pembungkusan yang disyorkan untuk anda

Berikut merupakan pengesyoran pembungkusan AdBlue mengikut saiz, kapasiti atau bilangan kenderaan berenjin diesel anda miliki:
10L Jerry Can
– Kereta diesel, van kecil atau bas mini.
– Di antara 1 – 3 kenderaan diesel.

20L Jerry Can
– Trak tipper, trak sampah atau jentolak.
– Di antara 1 – 5 kenderaan diesel.

Dram Plastik 200L
– Tidak digalakkan, kerana ia terdedah kepada pencemaran apabila dikendalikan oleh pam-tangan-manual semasa memindahkan cecair ke dalam bekas yang lain.
– Ia hanya digunakan sekiranya tiada pembugkusan yang lain.

Tangki IBC 1000L
– Digunakan oleh pemilik kepada 6 atau lebih kenderaan berenjin diesel.
– Tangki IBC boleh diletakkan di depoh berpusat untuk memudahkan pengisian.

Pertanyaan Susulan:

Ingin mengetahui secara lebih lanjut mengenai Adblue Malaysia?